MENU

   

   

SELASA (25 FEBRUARI 2020)

 

Kubang Pasu – Lawatan tapak yang di sertai lebih kurang 12 agensi telah diadakan pada 25 Februari 2020 Selasa bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 12.00 tengah hari. Antara agensi-agensi yang terlibat adalah daripada pihak Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Kedah, IPD Kubang Pasu, Balai Bomba, Kementerian Kesihatan, Pejabat Tanah, dan lain - lain.

Antara isu yang berbangkit adalah mengenai keselamatan lalulintas di sekitar Kubang Pasu iaitu Bukit Kayu Hitam, Changloon, Napoh, Kawasan Perindustrian Jitra (NICHIAS) dan Pejabat AADK Kubang Pasu. Perbincangan juga telah dilakukan oleh wakil-wakil dari setiap agensi bersama Majlis Perbandaran Kubang Pasu untuk menangani masalah dan keselamatan lalulintas yang dibangkitkan dalam mesyuarat baru-baru ini.

Kredit : Unit Media MPKP