Khidmat Pengurusan
- Bertanggungjawab atas pengurusan sumber manusia seperti hal ehwal berkaitan perjawatan , perkhidmatan dan latihan.
- Bertanggungjawab atas urusan pentadbiran Am Majlis seperti pentadbiran harian Majlis, surat menyurat, fail-fail pengurusan, bekalan logistik dan Hal Ehwal Ahli Majlis.
- Urusetia kepada mesyuarat harian, dan yang melibatkan Majlis disamping Mesyuarat Jawatankuasa-Jawatankuasa Majlis, Mesyuarat Pentadbiran Majlis dan sebagainya.
- Menyediakan perkhidmatan perundangan, penguatkuasaan serta pendakwaan.
- Perhubungan Kemasyarakatan badan-badan NGO serta perhubungan Awam.
Perbendaharaan Perbendaharaan
- Penyediaan belanjawan dan anggaran belanjawan.
- Melaksanakan aktivi-aktiviti kawalan perbelenjaan.
- Melaksanakan aktiviti-aktiviti pungutan hasil dan pelaburan.
- Menyediakan aktiviti-aktiviti perakaunan, penyediaan gaji , elaun dan sebagainya yang berkaitan pembayaran.
- Penyediaan laporan-laporan kewangan dan perakaunan berkala.
Penilaian & Pengurusan Harta
- Mengurus dan melaksanakan aktiviti-aktiviti penilaian harta di dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan Harta Majlis.
- Melaksanakan aktiviti-aktiviti penilaian semula kadar sewa (Akta kawalan Sewa)
- Melaksanakan aktiviti-aktiviti Pengurusan Harta Majlis.
- Melaksanakan aktiviti penyelidikan seperti kajian semula penilaian, sewa, kos, kaedah penilaian dan sebagainya.
Perkhidmatan Kemasyarakatan
- Mengurus dan menyelia dan menguatkuasakan aktiviti –aktiviti perkhidmatan Bandar seperti perkhidmatan sampah , pelupusan sisa pepejal, parit/longkang, jalan dan sebagainya.
- Melaksanakan aktiviti-aktiviti kawalan kesihatan awam seperti kawalan mutu makanan, kebersihan alam sekitar kawalan penyakit dan sebagainya.
- Mengurus dan menyelia aktiviti-aktiviti perniagaan seperti lesen penjaja , gerai, pasar, premis-premis perniagaan seperti kilang –kilang, rumah tumpangan dan iklan.
- Mengurus dan mengeluarkan lesen –lesen perniagaan dan menguatkuasakan aktiviti-aktiviti tersebut selaras dengan Akta yang diperuntukan.