MENU

Laporan Gua Kerbau Trail Run 2018 II

 

Program ‘Gua Kerbau Trails Run 2018’ Edisi Kedua merupakan program anjuran Unit Pelancongan,
Majlis Daerah Kubang Pasu dengan kerjasama MEP Ventures Sdn Bhd. Program ini telah diadakan
pada 18 Ogos 2018 di Perkarangan Gua Kerbau, Kodiang, Kedah. Terdapat 700 orang peserta telah
menyertai program ini. Antaranya daripada negeri Kelantan, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perlis dan
Kedah terutamanya. Terdapat juga peserta daripada Kenya dan Thailand pada tahun ini. Matlamat
program ini adalah untuk mempromosikan Industri Pelancongan Sukan (Sport Tourism) di Daerah
Kubang Pasu. Program ini boleh menaikkan taraf sosial ekonomi penduduk setempat dan memupuk
semangat kesukanan dengan gaya hidup sihat dikalangan masyarakat. Kaedah perlaksanaan program
adalah daripada jawatankuasa yang telah dilantik. Yuran penyertaan yang dikenakan untuk para
peserta adalah sebanyak RM60 bagi kategori terbuka wanita, terbuka lelaki, remaja lelaki, dan veteran
senior manakala RM45 untuk kategori ‘Fun Run’. Pihak penganjur telah membekalkan t-shirt, no bib,
medal, cabutan bertuah, dan wang kemenangan kepada 10 peserta terawal bagi setiap kategori.